Kenapa perlu memilih susu kambing?

March 15 2017

Sejak kecil kita sering dicadangkan atau diberi minum susu lembu, malah pada ketika itu susu kambing bukanlah sesuatu yang sering kita dengar. Namun kini semuanya telah berubah di mana masyarakat mula celik akal kepada khasiat yang terdapat dalam susu kambing.

Susu kambing kini menjadi alternatif kepada susu ibu dan dengan adanya susu kambing yang telah dicampur dengan multivitamin, komponen DHA dan nutrisi lain dalam susu kambing pra campuran seperti i-sihat susu kambing, menjadikan ia pilihan yang baik sebagai regim kesihatan harian. Bahkan senario masyarakat Malaysia sendiri dilihat mula beralih kepada minuman susu kambing sebagai pilihan seisi keluarga, kerana dengan wujudnya susu kambing pra-campuran yang lazat dan berkhasiat, ia bukan sahaja sesuai dinikmati oleh bayi, tetapi amat sesuai untuk semua lapisan usia.

Umum tahu bahawa susu ibu adalah susu terbaik. Namun susu ibu hanya terhad kepada bayi sahaja dan terdapat juga ibu yang tidak dapat menyediakan susu mereka kepada anak atas banyak faktor. Oleh itu, susu kambing menjadi pilihan terbaik. Susu kambing mempunyai beberapa kelebihan dan khasiat yang amat baik untuk membantu meningkatkan fungsi tubuh dan organ dalaman. Di antara kelebihan utama susu kambing yang seringkali disebutkan ialah:-

Susu kambing kaya dengan nutrisi semulajadi

Susu kambing secara semulajadi mengandungi pelbagai nutrisi yang sangat baik untuk tubuh badan manusia seperti kalsium, protein, tenaga, zat besi, asid folik, zink, OMEGA 3,6,9, DHA, ALA, dan EPA, juga terdapat kumpulan vitamin iaitu vitamin A, C, B3, B5, B6, B9, B12. Susu kambing juga kaya dengan mineral seperti sodium, phosphorus, selenium dan banyak lagi. Oleh yang demikian, susu kambing adalah suplemen yang baik bagi memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.

Susu kambing mudah dihadam

Susu kambing juga pada dasarnya adalah mudah dihadam disebabkan ia mempunyai komposisi molekul protein dan lemak yang lebih kecil dan mudah dihadam. Hal ini kerana partikel yang halus dan rantaian asid lemak yang lebih pendek didalam susu kambing memudahkan proses pencernaan. Kandungan protein αs1-casein yang rendah didalam susu kambing juga membantu pembentukan 'curd' yang lebih sedikit/lembut di dalam perut bagi membolehkan proses penghadaman berlaku dengan lebih mudah. Disebabkan oleh proses penghadaman yang lebih mudah dan cepat, ia membantu penyerapan nutrisi yang terdapat dalam susu kambing berlaku dengan lebih efektif.

Susu kambing mempunyai rasa yang lebih sedap

Susu kambing mempunyai rasa yang unik. Ramai mengakui bahawa susu kambing mempunyai rasa yang lebih sedap kerana susu kambing tidak mempunyai rasa yang terlalu 'strong' atau 'heavy', tetapi ia sering digambarkan sebagai mempunyai rasa yang "mild" ataupun 'light' dalam kalangan penggemarnya. Dengan kewujudan minuman susu kambing pra-campur seperti i-sihat Vachoc Plus 10, penggemar susu kambing dapat menikmati susu kambing dalam variasi rasa yang unik, tanpa bau hamis, lazat dan berkhasiat.

Susu kambing bersifat alkali

Nilai pH yang normal di dalam tubuh manusia adalah sangat penting bagi memastikan fungsi sistem badan berjalan dengan lancar. Kesimbangan pH dalam tubuh badan manusia juga membawa kepada kesihatan dan kesejahteraan. Susu kambing dikatakan mempunyai kandungan mineral yang bersifat alkali, membantu meningkatkan pH darah dan juga membantu di bahagian sistem penghadaman. Darah dan sistem penghadaman yang bersifat asid dikaitkan dengan pelbagai isu seperti keletihan, sakit kepala, gastritis, ketidakseimbangan gula dalam darah dan jangkitan kulat/fungus. Oleh itu dengan memilih susu kambing, ia membantu menutralkan pH yang terdapat dalam badan.

Kesimpulannya, susu kambing mempunyai pelbagai khasiat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Formulasi susu kambing premix yang bersesuaian dan betul dapat memberi nilai tambah kepada khasiat yang terdapat dalam susu kambing. Kini, susu kambing tidak lagi dikaitkan dengan bau hamis disebabkan wujudnya teknologi canggih yang mampu menghasilkan susu kambing (serbuk) yang dipasteur dan diproses mengikut piawaian amalan yang tepat hingga dapat mengekalkan nutrisi dan nyah-bau hamis. Pengguna tidak perlu risau lagi kerana susu kambing pra-campur seperti i-sihat susu kambing menyediakan pilihan yang banyak dan sesuai untuk semua lapisan usia.

Artikel di tulis oleh:

i-Sihat Susu Kambing