Susu Kambing dan Kulit

March 17 2017

Susu Kambing dan Kulit

Kulit yang cantik dan halus, tidak berkedut, lembut serta licin menjadi idaman para wanita. Namun bagaimana untuk mendapatkan kulit yang cantik secara semulajadi?.

Dalam kebanjiran produk kecantikan yang berasaskan bahan kimia dan segelintir terdapat bahan merbahaya seperti merkuri, hydroquinone, dan tretinoin yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kulit si pemakainya. Para pengguna kini hendaklah beralih kepada produk yang bersifat organik dan alami. Bahkan, jika boleh dibuat sendiri dirumah dengan menggunakan bahan semulajadi adalah lebih baik. Misalnya membuat masker dengan menggunakan susu tepung, penggunaan kunyit, timun, tomato dan amalan membuat jus segar bagi membantu kulit sihat dari dalam dan hasilnya akan dapat dilihat diluar.

Selain itu, penggunaan susu kambing sangat sinonim dengan kecantikan kulit sejak zaman dahulu kala lagi, malah wanita mashur yang dikenali sebagai Cleopatra di Egypt juga telah mempraktikkan susu kambing sebagai sumber kecantikan beliau. Hal ini kerana, susu kambing sangat berkesan bagi mengekalkan keremajaan kulit. Susu kambing mempunyai kadar pH yang unik menyerupai tubuh manusia dan memudahkan nutrien dari susu kambing ini diserap didalam tubuh. Kandungan nutrisi utama susu kambing yang amat baik untuk kulit adalah kadar fatty acid dan triglycerides yang sangat diperlukan oleh kulit untuk kekal lembap dan sihat.

Penjagaan Kulit menggunakan susu kambing boleh dipraktikkan dalam 2 cara, melalui sapuan pada kulit sama ada menggunakan sabun, krim pelembab atau losyen. Namun tidak ramai yang sedar bahawa susu kambing sebagai minuman harian secara khususnya lebih bermanfaat untuk kulit. Susu kambing diperkaya dengan selenium iaitu mineral, vitamin terutama Vitamin A, dan AHA (alpha hydroxyl acid) adalah nutrisi yang sangat diperlukan oleh kulit. Nutrisi ini membantu menyahkan sel kulit yang mati dan menghasilkan sel baru yang lebih baik dan cerah. Untuk kesihatan dalaman pula, susu kambing mengandungi Vitamin B9, kalsium, protein, Omega 3, 6, 9, DHA, dan ALA yang tinggi.
Susu kambing juga disahkan mengandungi pre-biotik yang membina bakteria baik dan dipercayai membantu menghalang pertumbuhan bakteria bahaya. Ia dapat membantu pelbagai masalah kulit seperti:


1. Memulihkan masalah Ekzema

2. Mengurangkan risiko dari penyakit Dermatitis

3. Melindungi kulit dari sinaran UV
Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa seringkali kita dengar bahawa susu kambing ini adalah susu terbaik selepas susu ibu. Ia juga boleh dinikmati oleh setiap peringkat usia dan masyarakat kini juga lebih peka tentang khasiat dan kebaikan susu kambing sebagai minuman harian. Di Malaysia, jenama i-sihat susu kambing menjadi perintis dengan mengeluarkan produk minuman susu kambing untuk kulit dan khusus untuk formulasi anti-aging yang dikenali sebagai Premium Berry. Premium Berry dicampur dengan ekstrak terpilih untuk membantu kulit lebih cantik, gebu, awet muda, cerah sekata serta kurang cela & kesan pigmentasi

Selain daripada manfaat untuk kulit, pengambilan susu kambing juga dapat membantu ke arah gaya hidup sihat seisi keluarga di mana susu kambing menjadi makanan tambahan untuk mengisi keperluan nutrisi tubuh badan. Beberapa kelebihan susu kambing adalah seperti berikut:


1. Baik untuk sistem penghadaman dan usus
2. Mencerdaskan minda serta meningkatkan daya ingatan
3. Menambah tenaga dan sistem imunisasi tubuh meningkat
4. Memulihkan sistem sendi, tulang dan gigi
5. Meningkatkan kesuburan selain dapat menambahkan kandungan susu ibu

Oleh yang demikian, susu kambing haruslah dijadikan satu budaya dalam setiap keluarga bagi memastikan setiap ahli keluarga mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi seharian. Malah dalam keadaan pelbagai wabak dan penyakit yang menular masa kini, susu kambing mampu menjadi suplemen yang berguna untuk tubuh kita bagi meningkatkan lagi imunisasi badan secara semulajadi dalam melawan penyakit.

Artikel di tulis oleh:

i-Sihat Susu Kambing