Tak Kenal Maka Tak Cinta

March 17 2017

 

Tak kenal maka tak cinta, jom berkenalan dengan produk i-sihat. I-sihat bermula dengan pengeluaran 2 jenis susu kambing iaitu susu kambing Asli dan susu kambing VaChoc Plus 10. I-Sihat kemudian terus berkembang dengan memperkenalkan produk baru iaitu minuman kolagen berasaskan susu kambing dengan fokus utama kepada kecantikan kulit yang dikenali sebagai PREMIUM BERRY.

i-SIHAT Vachoc Plus 10

Vachoc PLUS 10 merupakan susu kambing yang di adunkan bersama campuran 10 ekstrak bahan semulajadi dengan adunan ekstrak Vanila dan Coklat yang memberi rasa gabungan harum dan coklat yang sangat sedap.

Susu kambing berkualiti tinggi dari Holland di adunkan bersama campuran sembilan bahan makanan sunnah iaitu terdiri dari Kurma, Kismis, Badam, Safron, Delima, Habbatussauda, Zaiton, Buah Tin, Manna juga ditambah nilai dengan ginkgo biloba, di sedapkan pula bersama gabungan rasa vanilla dan coklat yang memberikan rasa enak serta penuh berkhasiat. Diperkayakan dengan DHA, juga terdapat omega, multi vitamin, mineral dan kalsium, protein, zat besi serta asid folik. Ianya mempunyai multi fungsi yang baik bagi meningkatkan fungsi organ dan kesihatan manusia dengan rasa yang sedap. Vachoc Plus 10 juga boleh di minum dengan air suam dan dicampurkan ais.

Produk ini diberikan pelbagai pujian kerana ia mengangkat martabat susu kambing dan makanan sunnah setaraf rasa dan keenakan produk yang terdapat di pasaran semasa dan ia sekaligus memberikan kepuasan kepada citarasa pengguna yang mahukan produk tempatan, produk muslim yang halal tetapi setanding produk di pasaran antarabangsa. Pengguna tidak perlu risau, kerana semua produk yang dihasilkan oleh i-sihat ini diformulasi dan di uji secara saintifik serta telah mendapat persijilan Halal, Mesti dan merupakan produk yang selamat digunakan seisi keluarga tanpa ragu-ragu. Ianya sangat enak dan tanpa bau hamis.

 

i-SIHAT Susu Kambing Asli

Susu kambing asli merupakan produk i-sihat yang diformulasikan untuk memberikan ketulenan susu kambing sebenar, ia direvolusikan oleh i-sihat untuk memberikan khasiat susu kambing yang telah diuji secara saintifik dan diiktiraf kebaikannya . Susu kambing asli boleh di minum dengan air suam dan dicampurkan ais. Bahkan susu kambing asli boleh digunakan sebagai pengganti santan dalam masakan, digunakan untuk masakan, kuih, kek dan apa jua jenis masakan sebagai pengganti susu. Susu kambing Asli i-sihat ini diperkayakan dengan keperluan asas dan nutrisi seperti DHA dan ALA, juga terdapat Omega 3,6,9 dan diperkayakan dengan multi vitamin, mineral dan kalsium, protein, zat besi serta asid folik. Susu kambing Asli keluaran i-sihat ini sangat berkualiti tinggi serta diformulasikan oleh kepakaran tempatan yang pakar dalam proses penghasilan produk ini secara saintifik.

Semua bahan utama khasiat yang penting bagi tubuh badan manusia terkandung bersama Susu Kambing Asli keluaran i-sihat ini. Ianya tulen, asli dan juga teruji secara saintifik dengan penelitian perkilangan yang baik serta diiktifaf Halal, Mesti dan ianya adalah produk keluaran Muslim. Boleh diminum oleh semua lapisan usia tanpa ragu. Susu kambing asli juga mempunyai rasa susu tulen yang enak tanpa bau hamis.

 

i-SIHAT Premium Berry

PREMIUM BERRY adalah satu-satunya produk kesihatan dan kecantikan yang diformulasi menggunakan susu kambing bersama buah-buahan sunnah dan ekstrak semulajadi buah-buah beri serta dilengkapkan lagi dengan beberapa kandungan bahan aktif semulajadi untuk kulit seperti kolagen, astaxanthin, applephenon dan sakura. Semua bahan yang digunakan ini bermutu tinggi dan mahal, tetapi harga yang ditawarkan kepada pengguna adalah sangat mampu milik dan setaraf produk kesihatan dan kecantikan antarabangsa. Ia boleh digunakan oleh wanita dan juga kaum lelaki yang mempunyai pelbagai fungsi bagi tujuan membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia.

Menariknya PREMIUM BERRY ini adalah kerana semua bahan semulajadi yang digunakan bagi penghasilan produk ini diadunkan bersama susu kambing, yang secara saintifiknya juga merupakan susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu. Rasanya sangat sedap, unik dan tidak berbau hamis seperti kebiasaan produk susu kambing lain. Uniknya produk PREMIUM BERRY ini menjadikan susu kambing sebagai asas adunan atau basic ingredient

Menakjubkan, kesan positif yang terjana hasil dari pengambilan produk ini makin terkenal dan menyedarkan dunia bahawa susu kambing serta bahan makanan sunnah jauh lebih hebat dan positif kesannya pada kulit dan membina tubuh badan yang anggun. Jadinya, produk ini merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang pertama kali diadaptasikan menggunakan susu kambing sebagai asas bersama bahan-bahan makanan sunnah sebagai produk premium bagi kegunaan kesihatan dan kecantikan yang mampu memperbaiki kesihatan dan kecantikan dari dalam badan manusia serta menjelmakan keindahan tubuh badan yang lebih anggun dan memberikan keyakinan kepada penggunanya.

Kesimpulannya, i-sihat merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang menjadi pilihan seisi keluarga disebabkan rasanya yang sedap dan khasiatnya yang menakjubkan. Sesungguhnya susu kambing mempunyai 1001 hikmah kebaikan jika diamalkan secara konsisten dan mengikut sukatan yang dicadangkan. I-sihat mengorak langkah maju dengan memperkenalkan susu kambing gabungan rasa vanila dan coklat Plus 10 yang pertama di Malaysia. Malah, permintaan terhadap i-sihat terus meningkat dari masa ke semasa disebabkan rasa yang sedap dan keyakinan pengguna. Ini kerana, i-sihat telah diuji secara klinikal di 2 buah makmal bagi mengesahkan kandungan nutrisi didalamnya dan mendapat nasihat dari Doktor perubatan dalam orientasi penghasilan produk dan khidmat pelanggannya. I-Sihat: Tasty, Tested and Trusted.

Artikel di tulis oleh:

i-Sihat Susu Kambing